SOALAN LAZIM

Q: "Pelan pemasaran bisnes you ni macam sistem piramid jer"

You tahu ke sistem piramid tu macam mana dan piramid tu salah ker? Oklah, kalau sistem piramid tu salah, maka kita tak boleh kerja, kita tak boleh bagi anak kita sekolah, kita tak boleh kahwin dan macam-macam lagi perkara yang kita tak boleh buat sebab semua bentuk kehidupan adalah piramid.

Dalam bisnes ni memang bentuknya piramid, tapi apa yang kita perlu tahu ialah sama ada piramid itu dibenarkan atau tidak? Piramid yang dibenarkan dan diluluskan Kerajaan ialah, bila orang bawah boleh mengatasi pendapatan atau pangkat orang atas. Kalau orang bawah tak boleh potong orang atas walaupun kerja kuat, itu piramid yang salah dan tidak diluluskan.

Dalam bisnes ini, kalau you orang bawah, tapi keluar modal RM2550.00 dan orang atas keluar modal RM390.00 siapa berpotensi dapat banyak income?? Jadi, Pelan Pemasaran bisnes syarikat saya adalah sistem piramid yang dibenarkan dan diluluskan oleh Kerajaan, kalau tidak dah lama lesen kena tarik dan syarikat diarahkan tutup. Saya harap you faham apa itu sistem piramid.

Q: "Saya tak faham jadi macam mana saya nak join?

Saya bukan suruh you faham, saya suruh you join dan bila you join baru you akan faham. Selagi tak join selagi itulah you susah nak faham walaupun bisnes ni sangat mudah.

Saya nak tanya you, dulu waktu you nak mula-mula kerja, you faham dulu atau you kerja dulu baru you faham?? Atau ada tak you cakap macam ni, "Bos, bagi saya faham dan pandai dulu baru saya mula kerja". Kenapa you tak cakap??

Waktu you nak mula sekolah dulu, you kena pandai dulu baru masuk sekolah atau you masuk sekolah dulu baru pandai? Atau ada tak you cakap macam ni, "Abah, bagi saya pandai dulu baru saya masuk sekolah darjah satu". Kenapa you tak cakap?

Senang macam nilah, you join dulu dan bila you dah join saya akan ajar you macam mana nak jalankan bisnes you. Jangan takut, saya tak tipu you.


Q: "Ramai yang cakap bisnes ni bagus tapi saya dengar ramai yang gagal"

Pada saya itu perkara biasa dalam kehidupan. Bukan semua orang boleh berjaya dengan cemerlang dan bukan semua orang menemui kegagalan dalam kehidupan. Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal. Jangan cakap bisnes nilah, apa juga aspek kehidupann ada yang berjaya dan ada yang gagal.

Saya nak tanya, you ada tanya tak kenapa mereka gagal?

Saya nak tanya lagi, you ada jumpa dan tanya tak kepada mereka yang dah berjaya?

Pada saya adalah tidak adil kalau you hanya dengar cerita-cerita daripada orang yang gagal sahaja, you juga patut tanya dengan orang-orang yang dah berjaya dan bagaimana cara mereka jalankan bisnes ini. Kalau dengar 100% cakap orang gagal memanglah kitapun akan ingat negatif tentang bisnes ini.

Tapi cuba kita bercampur dengan orang-orang yang dah berjaya, saya pasti cerita mereka 100% lebih kepada yang positif. Sebab itu, jika kita positif tapi bercampur dengan orang yang negatif pasti kita juga akan terpengaruh untuk menjadi negatif. Tapi jika kita orang yang negatif tapi bercampur dengan orang yang positif, saya pasti kita akan terpengaruh untuk bertukar menjadi orang yang positif.

Q: "Beri saya masa untuk faham dan pandai dulu baru saya join"

Macam ni jelah, you tak akan faham dan pandai selagi you tak buat. Sepatutnya apa yang penting ialah you kena buat keputusan bertindak dulu, daripada situ baru you akan ada komitmen dan pengalaman akan datang selepas itu. Bila pengalaman dah ada lama-kelamaan you akan faham dan pandai tentang bisnes ini.

Saya dulupun macam you juga, tapi bezanya saya bertindak dulu, waktu join dulupun saya tak faham, tapi saya belajar dan praktiskan apa yang saya belajar dan lama-kelamaan saya faham tentang bisnes ini.


Q: Bagaimana untuk berdaftar untuk menjadi ahli Rafa yang sah?

Sesiapa yang ingin untuk berdaftar sebagai ahli Rafa yang sah mestilah mempunyai seorang sponsor atau seorang pengenalan.



Q: Apakah Faedah-faedah menjadi Ahli Rafa yang sah?

Anda akan diberi peluang menikmati faedah-faedah di Pelan A dan Pelan B seperti yang dicatatkan di laman web ini.


Q: Terdapat banyak peluang keemasan dipersekitaran, Bagaimanakah Rafa posisikan mereka sendiri dipasaran ini?

Kami menghormati setiap syarikat yang menawarkan orang ramai peluang keemasan dan ikhlas dalam niat mereka. Di Rafa, kami mempunyai faktor '4 wheels' yang sangat baik dimana ianya adalah faktor syarikat ini, faktor produk-produk, faktor pelan pasaran dan sistem stokis. Selain daripada itu, kami membekalkan latihan yang luas dan sistematik. Lebih-lebih lagi, kami membekalkan servis IT yang sangat baik supaya kesemua ahli kami dapat menguasai perkembangan network mereka dengan lancar. Melalui kemudahan IT ini juga, Rafa menjadi syarikat pasaran network pilihan yang ideal dalam abad ke-21, bukan sahaja dalam negara yang tercinta malah di seluruh dunia.


Q: Apakah banjaran produk yang Rafa promosikan?

Kami percaya bahawa banjaran produk yang luas untuk memenuhi permintaan pelanggan. Produk-produk kami dibahagikan ke kategori-kategori seperti di bawah:

Kesihatan
Kecantikan & Penjagaan Peribadi
Produk Kediaman
Aksesori/Produk Masa Kini


Q: Apakah sebab bagi perbezaan harga bagi produk di Pelan A dan Pelan B?

Di Pelan A, seseorang ahli membeli dalam bentuk pakej dan setiap PP mempunyai Produk BV yang lebih tinggi. Sedangkan di Pelan B, seseorang ahli boleh membeli produk sahaja dan jumlah BV yang di peroleh adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan Pelan A. Juga di Pelan B, ahli boleh menikmati diskaun sebanyak 30% -50%; inilah ganjaran yang kami tawarkan kepada ahli-ahli setia kami. Pelan A permulaan yang cepat dan Pelan B adalah Pelan Induk. Sila berikan penilaian yang lebih mendalam kepada Pelan B iaitu Pelan Induk kami.


Q: Bagaimana saya boleh bermula?

Bagus. Semudah itu shaja, sila ikuti 4 langkah berikut:

  1. Berdaftar sebagai ahli RAFA kami dengan yuran
  2. Membeli and menjual sekurang-kurangnya satu daripada Pakej Produk (SCPP) kami.
  3. Mengenalkan perniagaan ini kepada sekurang-kurangnya 2 atau lebih individu untuk menyertai anda sebagai ahli RAFA.
  4. Akhir sekali, ulangi langkah-langkah seperti di atas. Dengan memperkenalkan lebih ahli RAFA ke perniagaan ini, anda boleh membina network yang kuat dan memperoleh pendapatan.


Q: Apakah 'Sistem bayaran Maksimum 80%' bermaksud di Pelan A?

Ini adalah satu dari ‘ciri keselamatan’ di dalam Pelan A, di mana sekiranya komisyen keseluruhan dan pemberian bonus melebihi 80% dari jumlah penuh BV, pengiraan bonus akan berdasarkan sistem mata. Walaubagaimanapun, Pelan A hanyalah Permulaan Cepat.


Q: Mengapa ‘ciri keselamatan’ ini?

Soalan yang bijak. Ini adalah penting dari aspek keuntungan dan kestabilan syarikat, kerana syarikat memberi komisyen yang tinggi melalui Pelan A berikutan dengan pengiraan system bonus ‘infiniti’ yang dinikmati oleh semua Rafarian. Hanya sebuah syarikat yang kukuh dan stabil boleh menjamin perniagaan jangka masa panjang.


Q: Adakah ini skim ‘cepat kaya’?

Di dalam setiap pelan pemasaran dan pelan perniagaan pampasan, ianya direka untuk menawar peluang menjadi kaya dan maju. Skim ‘cepat kaya’, seperti ramai yang sedia maklum, merujuk kepada pelan dimana wang dilaburkan untuk mendapatkan keuntungan tanpa perlu bekerja. Pelan pemasaran RAFA telah diluluskan dan berdasarkan kepada prestasi dan polisi ‘tiada jualan, tiada bonus’.


Q: Bagaimana untuk mengenalpasti mana-mana syarikat yang mempromosikan skim ‘cepat kaya’ atau skim pyramid?

Secara am, ini tertakluk kepada syarikat-syarikat yang mementingkan pelan pemasaran mereka sendiri, dan segalanya berkaitan dengan soalan wang. Produk yang ditawarkan juga terhad. Selalunya, syarikat serupa ini tidak mementingkan aspek latihan dan perkembangan peribadi. Selain dari itu, syarikat-syarikat sedemikian menggalakkan kemasukkan ahli sahaja dan jualan peribadi atau yang berulang tidak diperlukan. Mereka yang menjadi ahli kemudian tidak dapat menjana lebih dari ahli yang terlebih dahulu masuk.


Q: Bagaimana untuk memeriksa bonus?

Di dalam pelan A, bonus dikira pada setiap hari dan dikemukakan melalui ‘e-wallet’.
Di dalam pelan B pula, bonus dikira pada setiap bulan dan disiarkan melalui ‘e-wallet’ pada 16 dan 1 haribulan bulan berikutnya.
Oleh itu, apabila bonus dikemukakan melalui ‘e-wallet’, anda boleh melayari laman web dan menggunakan khidmat ‘e-wallet’ untuk melihat sendiri apa yang paling sesuai untuk anda. ‘E-wallet’ adalah salah satu daripada perkhidmatan yang kami tawarkan untuk kemudahan dan tranparensi.


Q: Adakah Rafa mempunyai Syarat & Peraturan untuk melindungi hak-hak saya dan juga yang lain?

Satu lagi soalan bijak. Ya, Rafa mempunyai Syarat & Peraturan syarikat. Sila maklum bahawa adalah wajib bagi semua untuk membaca dan memahami Syarat & peraturan sebelum menekan butang ‘saya setuju’ di laman web. Syarikat akur kepada Syarat & peraturan yand ditetapkan oleh KPDN dan mengalakkan semua Rafarian berbuat yang serupa.


Q: Bagaimana mendapat maklumat selanjutnya dan hubungi siapa untuk mendapatkan bantuan?

Bagus! Anda boleh mempelajari lebih banyak dan mancapai yang terbaik melalui aktiviti dan program latihan kami. Seseorang itu harus ‘belajar dan belajar semula’. Selain dari menghubungi upline anda, anda juga boleh menghantar e-mel kepada bard_rafa@yahoo.com atau hubungi kami ditalian012-475 7563

Akhir sekali, kami berharap anda mengecapi kejayaan di dalam perniagaan dan mahu melihat anda memecah rekod peribadi sendiri!

0 Response to "SOALAN LAZIM"

Post a Comment